Zamani Mula Syak Sesuatu Apabila Isterinya Tergamam Selepas Menjawab Call, Inii Pendedahan Daripada Isteri Zamani…

Berita tentang pemergian Zuraidah Ibrahim yang juga kakak kepada penyanyi Zamani Slam yang meninggI dnia semalam telah mencuri perhatian warganet.

Apatah lagi difahamkan Zamani sangat rapat dengan kakaknya itu dan Allahyrham adalah individu yang bertanggungjawab menguruskan kerjaya nyanyiannya.

Zamani tidak berkongsi apa-apa update di laman sosialnya berkenaan pemergian kakaknya, sehinggalah hari ini beliau membuka mulut.

” Saya cakap pada dia (arwh kakak) saya tak nak pergi show apabila melihat keadaannya agak teruk.

” Tapi, dia kata jangan kerana dah janji dengan orang. Nanti kena saman dan lagi pun ia babitkan karier saya,” kata penyanyi Zamani Slam mengulas perbualan akhir dengan kakaknya, Allahyarham Zuraidah Ibrahim pada malam kelmarin.

Zuraidah, 53, menghmbuskan nfas terakhir akibat jangkitan kuman dalam drah dan kmplikasi buah pinggang di Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru, jam 1 tengahari, semalam.

Zamani yang sepatutnya menjayakan persembahan Konsert Mini Bersama Zamani & Ameng di sebuah hotel di Pulang Pinang, semalam berkata, dia sebenarnya berat hati untuk ke sana.

Isteri diam selepas terima satu panggilan

” Perasaan itu amat berat. Saya dan isteri (Nur Juliana Abdul Rani) bertolak pun jam 9 pagi. Ketika sampai di Bukit Gantang, saya terima satu panggilan telefon yang dijawab oleh isteri.

” Dia diam selepas itu seperti sembunyikan sesuatu. Melihatkan keadaannya yang lain macam, saya bertanya perkara sebenar dan barulah dia jawab.

” Saya teruskan perjalanan ke lokasi persembahan untuk jelaskan kepada penganjur dan buat video. Mereka pun faham situasi saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, untuk memandu kereta pulang semula ke Kuala Lumpur agak mustahil dan penganjur membantu membelikan tiket penerbangan pulang pada jam 5.45 petang.

” Kami bawa kakak ke hospital pada Khamis lalu untuk buat proses ‘dressing’ bahagian kakinya. Keadaannya ketika itu lemah dan dia dimasukkan ke Unit Raw4tan Rapi (ICU).

” Sejak itu, saya pastikan setiap malam pergi menjenguk dia. Saya difahamkan kakak meningg4l sewaktu sedang buat raw4tan dialisis.

” Siapa yang tak sedih kehilangan kakak. Sekarang tinggal saya dengan abang Zulfazli dan kami pun masing-masing tak sihat,” katanya.

Bersyukur sempat hadiri pengebumian kakak

Zamani bagaimanapun berkata, hidup perlu diteruskan dan dia bersyukur sempat pulang untuk menyelesaikan urusan pengebumian kakaknya.

Jnazah Zuraidah yang juga ibu penyanyi Zynakal, selamat dikebumikan di Tanah Perkvburan Taman Keramat, Kuala Lumpur pada jam 9 malam.

Semalam, Zime Production menerusi hantaran di Instagram telah memaklumkan tentang pemergian kakak kepada penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu.

Sumber – Tehtarikkaw

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*