Video Muzik Cik B Tapau Video Muzik Penyanyi No 1 Negara, Datuk Siti Nurhaliza. Ini Perbezaan Jumlah Penonton Tersebut

PETALING JAYA – Video muzik rasmi anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berjudul Tolonglah yang dilancarkan semalam mengatasi jumlah tontonan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kuasa Cintamu.

Mengikut tinjauan Kosmo! Online setakat pukul 12.40 tengah hari tadi, Tolonglah yang merupakan single pertama Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 15, menghampiri trending Top 5 YouTube.

Video tersebut meraih lebih 208,000 tontonan berbanding Kuasa Cintamu yang ditonton 192,000 kali selepas kedua-dua lagu tersebut dilancarkan serentak kira-kira 15 jam lalu.

Selain mendapat reaksi positif peminat, muzik video tersebut juga mendapat pujian daripada pelakon, Mira Filzah.

“Cik B! Kak Mira dah tengok awak punya MV! Best, suara boleh join K-Clique ni,” ciap Mira melalui Twitter miliknya.

Tolonglah menyaksikan Cik B mengikut jejak langkah ibunya, Vida yang sebelum ini pernah melancarkan single berjudul I AM Me pada 2017.

Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan komposer muda Yonnyboii dan lirik ditulis oleh Vida dan Cik B sendiri.

Sumber – K! ONLINE

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*