TAHNIAH! Mira Filzah Tercalon untuk 100 Wanita Tercantik 2020. Rezeki Lepas Kahwin Tak Putus-putus…

Hangat sebelum ini, pelakon lelaki Fattah Amin tersenarai dalam pencalonan 100 Lelaki Paling Kacak 2020, kini tiba giliran selebriti wanita!

Media bebas antarabangsa, TC Candler pada 13 Disember lalu telah memilih pelakon dan pengacara si cantik manis, Mira Filzah untuk menerima pencalonan sebagai 100 Wanita Tercantik 2020.

Lebih menarik lagi, Mira yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama dengan jejaka pilihan hatinya pada September lalu merupakan antara figura bertudung yang menerima pencalonan tersebut.

Mira menerima pencalonan bersama bintang antarabangsa popular lain seperti Billie Eilish, Millie Bobby Brown, Kerry Washington dan Bella Hadid.

Pengumuman tersebut menerima lebih 16,000 tanda suka yang rata-rata memberi sokongan buat selebriti kelahiran Malaysia itu.

Tahniah diucapkan!

Sumber daripada: Instagram TC Candler Via Tehtarikkaw

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*