
PENYANYI Wany Hasrita berharap agar lagu nyanyiannya berjudul Canggung berjaya bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) akan datang.
Wany atau nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 28, berkata dia sudah lama tidak beraksi di pentas AJL dan kebanyakan lagunya hanya berjaya sampai ke peringkat separuh akhir sahaja.
“Saya sendiri pun letak harapan yang besar untuk lagu ini sebab ia kena dengan jiwa saya.
“Saya pun dah lama tak beraksi di pentas AJL, sebelum ini Menahan Rindu dan lagu-lagu lain hanya sampai ke separuh akhir sahaja, ” ujarnya kepada mStar.
Wany ditemui ketika menjayakan rakaman Akustika Suria di Petaling Jaya pada Khamis.
Dalam pada itu, Wany menafikan dia bakal mengakhiri zaman bujang dalam masa yang terdekat seperti khabar angin yang berlegar dalam kalangan peminat.
VIDEO :
Dalam video tersebut beliau juga ada berseloroh bahawa akan membawa rombongan ketika majlis nanti yang membuatkan netizen beranggapan bahawa selepas si jelita manis, Mira Filza berkahwin dengan Wan emir. Maka Selepas ini giliran Wany Hasrita pula.
Kami mendoakan yang terbaik untuk wany
Sumber – TTK
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply