Sehila Akui Cuai Kerana TIdak Ambil Wang Di Mesin ATM. Namun Tindakan Dari Wanita Ini Bikin Netizen Tergamam

MALANG tidak berbau apabila penyanyi Sheila Abdul terlupa mengambil wang yang dikeluarkannya dari mesin ATM dan dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab ketika berada di sebuah pasaraya di Puncak Alam.

Mengaku insid-en itu merupakan kecuaiannya sendiri, Sheila meminta individu tersebut memulangkan semula wang tersebut memandangkan pihak pengurusan pasaraya itu mempunyai rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) itu.

Penyanyi berusia 33 tahun ini berasa terkilan dengan sikap tidak jujur individu tersebut yang berdiri dekat dengannya ketika itu.

“Saya mohon anda viralkan supaya individu yang mengambil duit saya itu sedar silapnya dan PM saya untuk minta maaf serta pulangkan duit itu. Saya faham di musim PKP ni ramai orang susah.

“Tapi itu bukan alasan untuk awak ambil kesempatan atas kecuaian orang. Asalnya saya memang berniat untuk sedekah disebabkan mungkin ni ada hikmah yang tersembunyi.

“Tapi setelah pengurusan Econsave Alam Jaya sendiri menunjukkan rakaman cctv wanita yang mengambil duit saya tu hanya berselisih dengan saya dan tidak jujur untuk pulangkan duit tu kepada saya. Saya jadi ralat.

“Saya hanya jarak beberapa tapak saja dari awak waktu awak nampak duit yang tertinggal di mesin atm itu. Apa salahnya kalau awak panggil saya dan pulangkan duit berkenaan,” katanya.

Isteri kepada pemain gitar kumpulan Drama Band iaitu Ammar Habir itu turut berkongsi beberapa video memperlihatkan perbuatan individu tersebut di laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang terhadap perbuatan individu tersebut yang mengambil kesempatan terhadap kecuaian orang lain.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Mungkinkah ini memberitahu biarpun jumlah wang tersebut tidak terlalu besar namun dia berasa kecewa dengan sikap wanita berkenaan.

Menurut Sheila, dia sudah membuat laporan polis dan berharap individu tersebut tampil menghubunginya terlebih dahulu sebelum diambil tindakan seterusnya.

Gadis Tu Guna ATM Yang Sama, Ada Data

“Walaupun jumlahnya taklah terlalu besar tapi tak berhati perut untuk seseorang itu ambil kesempatan atas kecuaian orang lain. Malah, selepas awak mengambil duit saya, awak boleh pula cucuk mesin atm yang sama selang beberapa minit.

Video:

GADIS ITU BOLEH MINUM MINUM AIR. POLIS AKAN SIASAT SIAPA GADIS TERSEBUT

“Sudah pasti mesin ATM itu ada simpanan data identiti siapa awak dan di mana awak tinggal. Laporan polis sudah dibuat, unit siasatan polis sedang buat kerja mereka. Tinggal mereka dapatkan data dari mesin atm itu saja saya dah dapat cari awak.

“Sebelum benda jadi berlarutan saya cadangkan awak hubungi saya dengan kadar segera sebelum pihak polis sendiri hubungi awak. Saya harap para pembaca ambil pengajaran dari kes saya ini. Jangan cuai ketika keluarkan duit.

“Elakkan berbual atau menggunakan telefon di mesin atm supaya tak berlaku kejadian seperti ini. Mohon viralkan supaya si pencuri dapat pengajarannya, dan kita semua dapat belajar jika jumpa duit orang sila jujur,” ujarnya

Dalam status terkini, dia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkongsi kisah terdebut dan mengharapkan gadis tersebut segera dm beliau untuk memulangkan kembali wang yang telah di ambil

“T.kasih mstar for sharing the news. Harap yg mengambil/terambil dgn sengaja/tak sengaja ni dapat dm sy.”tulis Sheila di akaun sosial media beliau

Sheila Abdull ‘hilang kerja’ pramugari

Sebelum ini Penyanyi, Sheila Abdull meluahkan perasaan sedih terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai pramugari selepas empat tahun berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbangan.

Sheila pernah popular menerusi lagu Mungkinkah antara ribuan kakitangan syarikat penerbangan berkenaan yang kehilangan kerja berikutan penularan pandemik C0VID-19.

Mengulas perkara itu, Sheila berkata, dia sudah tidak bertugas ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa, Mac lalu.

“Sebelum ini, saya mengambil cuti selama setahun kerana hamil dan bersalin. Baru mahu kembali berkerja, fasa PKP pula dilaksanakan. Saya mengambil cuti tanpa gaji hingga kontrak tamat pada 10 Oktober lalu.

“Jika bukan kerana pandemik, tentu kontrak saya akan disambung. Sejujurnya, saya sedih, lebih lagi mengenang rakan yang mengalami nasib sama. Pakaian seragam pun belum dipulangkan lagi. Tak tahulah bagaimana perasaan apabila bertemu dengan mereka,” katanya kepada BH Online.

Luahan perasaan itu turut dikongsi pemilik nama sebenar, Nursheila Abdullah menerusi akauan Instagram (IG), semalam.


Isteri kepada bekas anggota kumpulan Drama Band, Ammar Habir itu berkata, perkara paling dirindui adalah suasana hendak pergi bekerja.

“Selalunya, saya akan kunci jam supaya senang nak bangun awal pagi, sebelum pergi kerja. Persediaan nak bekerja yang paling dirindui. Bersiap pakai uniform, bersolek dan menggayakan sanggul. Seronok membayangkan perasaan ketika bekerja. Saya hanya jadi suri rumah sepanjang tempoh lapan bulan ini. Jaga anak, memasak dan kemas rumah.

“Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, tetapi saya anggap ada hikmah di sebaliknya. Sebelum ini, anak dijaga ibu yang menetap di Johor Bahru. Boleh dikatakan saya menangis setiap hari kerana berjauhan dengannya. Apabila sudah tidak bekerja, anak kembali bersama saya dan suami,” kata penyanyi berusia 31 tahun itu.

Mengulas adakah mahu kembali memeriahkan dunia nyanyian yang pernah menjadi kecintaannya, anak didik kepada komposer terkenal, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan itu berkata, dia mahu merancang mahu membuat kemunculan semula.

“Saya ada merakamkan single baharu sebelum PKP, cuma ia masih belum siap sepenuhnya. Sebelum ini, saya berhasrat kembali ke bidang nyanyian, cuma suami minta saya tangguh dahulu. Ini kerana suami bimbang akan dipanggil semula untuk bekerja. Apabila sudah tidak bekerja, bolehlah saya meneruskan hasrat yang tertunda.

“Lagipun, semangat untuk kembali menyanyi meluap-luap selepas lagu Mungkinkah bergema menerusi pentas Gegar Vaganza 7, baru-baru ini. Ramai menyedari saya adalah penyanyi asal lagu ini dan minta saya kembali menyanyi. Malah, pengikut dalam IG juga semakin bertambah,” ujarnya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : MSTAR ONLINE via trendingsangat

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*