‘Sehari 1 Juta Tontonan’ – #4DaraChallenge by Kak Kepom Raih Sambutan Hangat Netizen

Semakin diminati menerusi drama Kampung People, baru-baru ini penyanyi dan pelakon Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom sekali lagi mencuri perhatian netizen.

Menerusi muat naik di laman Instagram miliknya, memaparkan Elly menyanyikan lagu tradisional Empat Dara yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sharifah Aini.

Demam lagu 4 Dara

Ini berikutan terdapat satu babak viral dalam Kampung People 2 dimana Mona lakonan dia menyanyikan lagu tersebut dalam nada sumbang sebelum disambung oleh Adibah Noor yang membawa watak sebagai ibunya.

Justeru, Elly dengan membawa imej ‘Mona’ mencabar para pengikut di Instagram untuk turut sama menyanyikan semula lagu tersebut.

 

Sudah 1 juta tontonan

Meraih sejuta tontanan dengan hampir 10,000 komen, netizen termasuk rakan selebriti turut sama menyahut #4Darachallenge dengan merakamkan semula lagu itu dalam versi tersendiri.

Antaranya Datuk Aznil Nawawi, Achey Bocey, Acong Sweetchild, Datuk Fizz Fairuz, Shiha Zikir, Azza Elite dan Ezad Lazim tidak ketinggalan melakukan cabaran berkenaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam tak sedar, ia mengembalikan semula nostalgia terhadap lagu-lagu klasik yang sehingga kini masih menjadi siulan masyarakat.

Sumber: Elly Mazlein via Ohmymedia

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*