“Saya Tak Pernah Halang, Anak-Anak Yang Tak Mahu Jumpa Bapa Mereka” – DS Vida Dedah Punca Sebenar

Ini kisah terbaru tentang ahli perniagaan berstatus jutawan iaitu Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

Baru-baru ini bekas suaminya yang juga ayah kepada dua orang anak, Cik B dan Kacak, mengatakan dia telah dihalang untuk berjumpa dengan kedua anak kandungnya itu.

Menjawab tuduhan berkenaan, Vida memberitahu hal sebenarnya, dan menyatakan dia tak ada pun halang Cik B dan Kacak jumpa dengan ayah kandung.

Malah Vida turut mendedahkan Cik B dan Kacak yang tak nak jumpa ayah kandungnya itu. Ini komennya.

“Saya langsung tidak pernah nak halang, namun mereka berdua yang tidak mahu jumpa ayah mereka sebab mereka rasa takut”.

“Untuk sekarang ni, demi keselamatan Cik B dan Kacak, lebih baiklah mereka berdua tak payah jumpa”.

Apabila ditanya tentang punca kenapa mereka jadi sebegitu, ada rasa takut sampai tak mahu jumpa bapa kandung, Datuk Seri Vida tak nak cerita lebih buat masa sekarang.

“Saya tak nak besarkan cerita ni, lebih baik saya diamkan diri saja. Sebelum ini pun, dia ada contact pembantu peribadi saya, untuk meminta wang”.

Itulah jawapan dari Datuk Seri Vida tentang perkara ni.

Semalam, bekas suami Ds Vida iaitu Mohd Amin Yasin, telah memfailkan hadhanah iaitu hak lawatan dan bermalam dengan dua anak kandungnya Cik B dan juga Kacak.

Lelaki berusia 40an itu mengatakan last sekali dia bertemu dengan anak kandungnya itu pertengahan tahun 2018 di office Vida di Ipoh. Mereka sempat berjumpa selama 15 init saja ketika itu.

Sejak itu dia hanya ikuti perkembangan anak-anak melalui laman media sosial. Apabila ditelefon, ianya tidak berjawab.

Mohd Amin dan Datuk Seri Vida bernikah pada tahun 2000 dan berpisah pada tahun 2008. Sepanjang 8 tahun berkahwin mereka mempunyai empat orang anak. Dua anaknya pergi buat selamanya pada tahun 2013.

Cik B atau nama penuhnya Edlynn Zamilleen berumur 15 tahun manakala adiknya Kacak bernama Muhammad Eric Zaquan sudah masuk 13 tahun.

Sumber-News-tel

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*