Sarat Mengandung 8 Bulan, Fazura Kelakuan Pelik Sampai Buat Fattah Amin Risau!

Usia kandungan kini mencecah lapan bulan dan bakal melahirkan cahaya mata sulung dijangka bulan depan, Fattah Amin meluahkan rasa bimbang dengan sikap isterinya, Fazura yang masih kuat bekerja.

Menurut Fattah, meskipun tidak boleh menghalang namun dia akan sentiasa bersama Fazura bagi memastikan keadaan isteri dan anak dalam kandungan dalam keadaan baik-baik sahaja.

 

“Saya tengok dia pun jadi kesian sebab dia sangat rajin bekerja. Saya tak boleh nak stop dia tapi apa yang pasti saya kena sentiasa bersama dengan dia,” katanya kepada Astro Gempak.

Fattah memberitahu mereka baru sahaja membeli barangan bayi. Ujarnya lagi, dia juga ada membuat sedikit kajian sebagai persediaan menantikan kelahiran anak sulung.

 

“Ye kami baru je beli barang bayi, sambil-sambil nak bersedia ke hospital tu. Saya juga dah mula buat sedikit research, tanya-tanya keluarga mana yang patut,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada nama bayi sudah pun dipilih, Fattah mengambil keputusan untuk merahsiakan lagi perkara itu.

 

Sumber – TTK

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*