
Tahniah kepada semua pemenang yang memenangi anugerah dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 (ABPBH 33) yang diadakan pada 9 malam 13 November 2020.
Buat kali pertama dalam sejarah dan ekoran pandemik Covid-19, majlis berprestij ini diadakan secara langsung tanpa dihadiri penonton di lokasi.
ABPBH 33 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda, manakala Sissy Imann dan Sean Lje menjadi hos segmen karpet merah.
Trofi juga diletakkan di atas meja khas dimana pemenang akan mengambil sendiri trofi tersebut sebelum memberi ucapan.
*Senarai pemenang akan dipaparkan sepanjang acara ABPBH berlangsung
KATEGORI UTAMA
Artis Baharu Lelaki Popular→ Chubb-E
Artis Baharu Wanita Popular→ Isyariana Che Azmi
Penyanyi Lelaki Popular→ Haqiem Rusli
Penyanyi Wanita Popular→ Wany Hasrita
Pelakon Filem Lelaki Popular→ Zahiril Adzim
Pelakon Filem Wanita Popular→ Mawar Rashid
Pelakon TV Lelaki Popular→ Ben Amir
Pelakon TV Wanita Popular→ Siti Saleha
Artis Versatil Popular→ Siti Nordiana
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular→ Khai Bahar dan Siti Nordiana
Artis Komedi Popular→ Sherry Al-Hadad
Peyampai Radio Popular→ DJ Lin
Pengacara TV Popular→ Sherry Al-Hadad
KATEGORI UTAMA
Gadingan Serasi Drama Popular→ Uqasha Senrose & Kamal Adli
Gadingan Serasi Filem Popular→ Mimi Lana & Syafiq Kyle (Pusaka)
Lagu Paling Boom Popular→ Lembah Kesepian – Haqiem Rusli
Artis Kontroversi Popular→ Aiman Tino
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat→ Francesca Peter
Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 (ABPBH 33)→Haqiem Rusli
Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemilik trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Penyanyi, komposer dan penulis lirik berusia 22 tahun itu memperoleh undi sebanyak 22,332,676 undi sepanjang tempoh undian ABPBH 33 dibuka sejak awal bulan lalu hingga 8 November lalu.
Terdahulu, Haqiem memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia yang menyaksikan penyanyi itu memecah d0minasi Khai Bahar yang tiga tahun berturut-turut memegang takhta itu.
Tahniah Ida ucapkan kepada semua pemenang. Korang setuju tak dengan keputusan ni?
Sketsa Kita Jaga Kita bawa perspektif luas
KUALA LUMPUR: Persembahan pembukaan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 bertemakan Kita Jaga Kita membawa makna dalam perspektif yang lebih meluas, sekali gus menepati #ABPBHKITA2020.
Bukan sekadar berhibur dan bergelar ketawa, sketsa muzikal berdurasi tujuh minit itu sarat dengan mesej mengenai gelagat masyarakat dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.
Melalui watak yang ditampilkan, pengarah persembahan, Khir Rahman menggambarkan setiap dari mereka mewakili golongan tertentu tatkala berdepan dengan wabak itu.
Persembahan eksklusif, siri jelajah meriahkan AIM22
Selebriti, Khir Rahman, Joey, Nora Danish, Kaka Azraff, Liza Abudllah Man Raja Lawak dan Syamsul Yusof membuat persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalill. – Foto NSTP
Menggandingkan generasi baharu dan lama, antara pelakon terbabit dalam pementasan muzikal ialah Liza Abdullah, Nora Danish, Kaka Azraff, Syamsul Yusof, Man serta Joey Daud.
Konsep berkenaan turut menyuntik kelainan kerana ia juga memecah tradisi malam kemuncak ABPBH 33 yang sering menampilkan konsep nyanyian di awal persembahan.
Sebelum ini Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menggesa malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 (ABPBH 33) dibatalkan selepas pihaknya mendakwa menerima banyak aduan berkenaan program yang dijadual berlangsung esok itu.
Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan berkata, sewajarnya umat Islam memperbanyakkan aktiviti yang boleh mendekatkan diri kepada Allah ketika mendepani wabak Covid-19.
Sumber – Trending sangat
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply