Pesakit Sama Wad Dengan Arwah Sandra Ceritakan Kisah Sebenar Detik-Detik Akhir Arwah! – Sedihnyaa….

Hamper seminggu pemergian peseta Big Stage Sandra Dianne yang terlibat dalam kemalangan ngeri.

Pelbagai spekulasi yang timbul tentang kematiannya, ada yang menyatakan bunya yang minta pihak hospital untuk tutup bantuan pernafasan lah itu lah, ini lah..

 

Namun, mari kita dengar cerita yang dikongsi Oleh seorang insan yang bernama Amni Fatin, yang juga berada di dalam wad yang sama pengan arwah Sandra.

 

Mengikut perkongsian Daripada pengguna fb:

Amni Fatin

Rasa terpanggil untuk cerita apa sebenarnya yang berlaku di depan mata.
Hari Khamis (10.9.2020), seorang pesakit dari wad icu masuk bilik yang sama dengan saya, katilnya di sebelah depan saya. Wajahnya tenang, bersih, cantik. Komanya macam tidur. Sesekali nurse datang, doktor datang panggil namanya, ‘Alesandra, Alesandra’. Ada seorang perempuan yang setia menjaga di sisi, pakai mask, susuk badan macam orang muda, jadi pada perkiraan saya itu kakaknya, hakikatnya itu ialah ibu yang sangat sayangkan anak perempuannya.
Doa dan doa, bacaan yasin terus dibacakan. Ada juga sesekali si ibu pasangkan voice note kata semangat, (mungkin dari saudara atau sahabat dekat) di telinga pesakit. Tiada respon dari pesakit kecuali air mata. Nampak ibunya lap air mata si anak. Bila si ibu turun, naik pula seorang lelaki, bacakan yasin, azankan di telinga pesakit, baca syahadah di telinga pesakit. Pesakit tetap tenang, macam tidur.
Kemudian saya tidur tak sedarkan diri (kesan bius operate di badan masih ada)
Jam 11 malam, nurse kejut untuk makan ubat. Dari sudut langsir yang sedikit terselak, nampak pesakit yang tenang tadi, mula tenat. Doktor, nurse berkumpul, dengan sangat bersungguh cuba selamatkan pesakit. Dengar tumit kasut si ibu berlari masuk bilik sambil menangis, mintak ditemani, mintak kekuatan. Lepas saya makan ubat, muntah, cucuk jarum dan masuk ubat, saya tidur lagi tak sedarkan diri.
Jam 2 pagi Jumaat (11.9.2020) saya terjaga sekali lagi. Kali ni kerana esakan si ibu. ‘anakku, anakku, oh tuhan, anakku’. Dengar suara lelaki cuba pujuk isterinya, ‘ikhlas , ikhlas, lepaskan’. Mesin pun dah tak bunyi. Saya panggil nurse untuk papah saya ke toilet. Dari toilet saya nampak jelas jenazahnya. Entah kenapa. Tenang sangat. Macam tidur. Wajahnya putih bersih, macam kapas. Tak ada 1 calar pun di muka, subhanallah, langsung tak macam accident. Kemudian saya tidur lagi tak sedarkan diri, kesan bius belum habis.
Bila saya bangun keesokan pagi, katilnya dah kosong. Jenazahnya dah dibawa turun. Dan bila saya bertanyakan nurse, baru saya tahu dia itu seorang artis, Sandra Dianne. Semoga awak husnul khotimah, Sandra. Sungguh, kematianmu disebut, dicemburui. Ramai yang doakan kamu.
Jadi, di manakah kemanusian kamu bila kata arwah ‘mati katak’, ‘ibu arwah sengaja memilih untuk cabut oxygen dihari jumaat ‘. Ibu arwah lah yang paling terkesan, sedih dan tak bersedia untuk kehilangan anaknya, tak mungkin si ibu yang memilih hari untuk nyawa anaknya dicabut. Dan sebenarnya tak ada pun bantuan oxygen pada arwah. Yang ada cuma tiub.
Saya cuma cerita apa yang saya nampak, dalam keadaan separa sedar.
Sumber – Amni FB

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*