PANAS! Kini Adik Nadia Brian Dedah Abang Iparnya Ada Masalah Mental! Ada Yang Tak Normal…

Susulan pendedahan suaminya tempoh hari yang nekad untuk menamatkan ikatan perkahwinan mereka dengan penceraian, laman sosial Nadia dipenuhi dengan pelbagai tohmahan dilemparkan netizen.

Akibat pelbagai dakwaan tersebut, seorang wanita yang menggunakan akaun @lydiabrian dipercayai adik Nadia tampil ke hadapan demi mempertahankan maruah kakaknya.

Siapa2 suruh dia periksa mental

Menerusi beberapa posting di Instastory yang turut menyatakan nama Mr M dipercayai Muizz, Lydia mendakwa abang iparnya itu seperti mempunyai masalah mental apabila pandai berlakon untuk meraih simpati daripada orang ramai. Dia turut menyifatkan tindakan Muizz sebagai sesuatu yang tidak normal.

Datang nak ambil barang, tak bagi pulak

“Lepas dia membuka aib isteri di media sosial, adakah awak berfikir nak bersatu kembali? Tidak! Kau kacau habis kerja dan karier dia, habis kehidupan dia,” kongsi Lydia.

Malah, seorang netizen menghantar mesej kepada Lydia dan menyatakan bahawa kakaknya yang berusia 29 tahun itu seorang yang lembut dan tidak sombong.

Respek! Suami buka aib, dia tak melatah

Sehubungan itu, Lydia turut menasihati netizen di ruangan postingnya supaya tidak membuka aib orang dan melemparkan tuduhan tidak berasas serta tidak menjaga hal tepi kain keluarga mereka.

Malah, dia turut membalas komen seorang individu yang menuduh kakaknya seorang perempuan yang tidak elok berikutan dakwaan Muizz yang kelihatan sendiri isterinya berlaku curang.

Terdahulu, kisah pasangan yang berkahwin pada 9 November 2019 itu hangat diperkatakan sejak Oktober lalu selain dalam proses memfailkan perceraian di mahkamah.

Sumber: Instagram Lydia Brian via kini.airnws

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*