Neelofa Padam Lebih 4000 Gambar ‘Influenstar’ Di Instagram. Ini Punca Sebenar Kenapa Dia Melakukan Perkara Tersebut

Selepas Neelofa, 31, mengumumkan berniqab pada 15 Oktober lalu, kini pengacara dan usahawan itu membuat keputusan untuk memadam semua foto ‘hijabster’ di Instagram (IG)nya.

Foto-foto tersebut termasuklah saat hos dan pelakon ini menghadiri beberapa acara fesyen terkenal dunia dan saat dirinya memperaga banyak jenama mewah antarabangsa serta cover majalah yang pernah dijalaninya sebelum ini.

Menerusi pemerhatian Gempak, daripada 7,568 kini hanya tingga 2,648 keping foto yang tinggal dalam akaun Instagramnya yang mempunyai lebih lapan juta pengikut itu.

Sebaliknya, tunangan PU Riz ini hanya meninggalkan foto kenangan di Mekah, dan bersama ibu, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, keluarga serta tuntutan kerja.

Ia juga mengekalkan semua foto dengan penampilan baharunya, berniqab serta petikan petikan berunsur kerohanian.

Tindakan yang dilakukan bekas pengacara MeleTOP itu turut dihidu oleh segelintir peminat setia.

Sebelum ini, ketika sesi siaran langsung di laman Instagram (IG) Naelofar bersama pelakon Perempuan Tanpa Dosa, Uyaina Arshad, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor mengaku dirinya berasa bebas dan lebih bahagia sejak memakai niqab.

“Alhamdulillah saya sukakannya dan bahagia. Saya rasa lebih free (bebas) sekarang,” katanya.

Sumber – Instagram: @neelofa, Twitter: @atiqah_sham & @qtowlnaj Via Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*