Neelofa Artis Pertama Berniqab, Tampil Bergaya Di Muka Depan Majalah Berbahasa Cina

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa menjadi artis pertama yang berniqab atau berpurdah muncul sebagai penghias muka depan majalah berbahasa Cina, Citta Bella bagi edisi November.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram majalah itu, konsep sesi fotografi datang daripada pengacara Next To Neelofa itu sendiri.

“Kami sangat bangga menampilkan Neelofa untuk edisi November 2020 Citta Bella buat kali ketiga dengan keindahan yang begitu sofistikated namun elegan. Gambar-gambar ini diambil sebelum Neelofa secara terbuka mengumumkan keputusannya untuk mengenakan niqab.

“Neelofa sudah memiliki konsep untuk menutup bahagian wajahnya pada September yang mana penata gaya, Colin melaksanakan semasa sesi fotografi pada awal Oktober.

 

NEELOFA menjadi artis pertama yang berniqab muncul sebagai penghias muka depan majalah Citta Bella. FOTO Instagram
NEELOFA menjadi artis pertama yang berniqab muncul sebagai penghias muka depan majalah Citta Bella. FOTO Instagram

 

“Sedikit sebanyak yang diketahui, Neelofa memakai niqab secara terbuka seminggu selepas penggambaran. Kami mendoakan yang terbaik untuk perjalanan spiritual baru yang dia lalui,” katanya.

Menerusi hantaran sama juga, Citta Bella berkata, mereka berusaha untuk memaparkan kecantikan wanita bukan saja secara luaran tapi juga dalaman.

“Citta Bella merangkumi keindahan kepelbagaian budaya. Kami berusaha sebaik mungkin untuk mencantikkan kecantikan wanita dan kekuatan dalaman mereka, tanpa mengira usia, bentuk badan, etnik dan kepercayaan mereka. Kami mendoakan masa depan yang lebih baik, untuk semua,” katanya.

Hantaran yang dimuat semalam itu mendapat lebih 800 tanda suka dan lebih 40 komen yang kebanyakannya memuji konsep dan penampilan Neelofa.

Sumber-HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*