“Mahkamah Dah Selesai Putuskan Tuntutan Nafkah” – Ini Respond Padu Sharnaaz

” Insya-Allah, ini hari terakhir datang mhkamah. Selepas ini tak datang lagi sini.

” Benda pun dapat diselesaikan dengan baik dan harmoni. Saya dan Sharnaaz pun baik dan kami buat benda itu untuk anak kami.”

Demikain kata-kata bekas isteri pelakon, Sharnaaz Ahmad, Noor NabiIa Mohd Noor, 36, mengenai tuntutan nafkah edah, hadanah (hak penjagaan) dan nuusyuz yang berjaya diselesaikan dengan baik di Mhkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Sharnaaz selaku defendan juga bersetuju untuk menarik balik tuntutan nuusyuz yang difailkan terhadap NabiIa.

Selain itu, defendan juga bersetuju memberi nafkah edah sebanyak RM500 selama tiga bulan. Ini termasuk nafkah sebanyak RM1,200 sebulan dan diberi akses berjumpa anak mereka sehingga usianya mencapai empat tahun.

Sharnaaz turut bersetuju mengeluarkan namanya sebagai pemilik bersama untuk sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

NabiIa yang juga kakak kepada selebriti popular, Neelofa berkata, dia lega kerana tidak perlu lagi hadir ke mhkamah untuk perbicaraan kes mereka.

” Proses perc3raian, hak anak dan datang ke mhkamah adalah benda-benda yang memenatkan. Ia mengambil energi serta emosi saya terganggu.

” Setiap kali nak datang saya berat hati. Jangan ada dendam dan marah kerana ia akan bawa kita ke belakang.

” Paling tak bagus kerana apabila bangun tidur anda akan masam, m4rah dan berd3ndam.

” Anda akan cari perkara yang boleh untuk kenakan bekas suami. Ia tak baik lagi-lagi untuk anak kita,” katanya.

Ini pula respon Sharnaaz Ahmad

Sementara itu, Sharnaaz, 37, berkata, dia bersyukur kerana peguam kedua-dua belah pihak dapat memainkan peranan menyelesaikan kes dengan baik.

” Buat NabiIa saya ucapkan terima kasih kerana kita dapat kata sepakat. Ada benda yang selama ini tak jelas, diperjelaskan dan diletakkan dalam kertas supaya semuanya takkan jadi masalah suatu hari nanti.

” Hari ini saya sangat bersyukur kerana bagi kami keutamaan kami ialah pada Jebat.

” Walaupun saya dengan NabiIa tak dapat teruskan sebagai suami isteri, tapi saya tetap kawan dia,” katanya.

Menurutnya NabiIa seorang kawan yang baik dan dia ingin meneruskan hubungan ini.

” Saya kenal dengan dia dulu pun sebagai seorang kawan. Tak guna nak bergaduh kerana yang rugi ialah Jebat. Saya tak nak perkara ini berlaku. Tumpuan kami 100 peratus pada Jebat,” katanya.

Sharnaaz dan NabiIa berc3rai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mhkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan

Pasangan ini berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun.

 

Sumber – Asaiakini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*