Kluster Alif Satar Pula? TERKINI, Pemain Drum Aliff Pula Positif Covid. Ini Butirannya

Pemain dram band Alif Satar & The Locos, Rajwan Juni disahkan positif Covid-19 susulan mempunyai kontak rapat dengan penyanyi Alif Satar yang terlebih dahulu dijangkiti wabak itu baru-baru ini.

Menurut Rajwan, 31, dia disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan (swab) kali kedua pada 23 Nov lalu.

“Buat pengetahuan semua, pada 23 Nov saya telah membuat swab kali kedua dan pagi tadi (semalam) pihak hospital mengesahkan positif Covid-19.

“Saya memohon doa dari teman-teman semua agar diberikan kesembuhan,” katanya di Instagram.

Sementara itu Pengurus Alif Satar & The Locos, Adlina Abu Bakar, memberitahu Malaysiakini, Rajwan melakukan ujian calitan kali kedua atas nasihat doktor kerana isteri pemuzik terbabit, Hafiza Safuan, 30, hamil.

“Isterinya nak bersalin, justeru pihak hospital menyarankan agar dia melakukan ujian saringan sekali lagi demi keselamatan ibu dan bayi mereka.

“Rajwan sebelum ni dah buat ujian swab pertama pada 21 Nov lalu dan disahkan negatif wabak berkenaan.

Diminta kuarantin kendiri

“Selepas disahkan positif, pihak hospital membawa dia dan isterinya ke Hospital Sungai Buloh, cuma isterinya diletakkan di wad bersalin kerana negatif Covid-19,” katanya.

Adlina, 37, berkata Rajwan dan Hafiza selamat menimang anak kedua mereka kira-kira jam 11.30 malam semalam.

Pasangan itu sebelum ini dikurniakan anak sulung, Nur Raiqa, yang kini berusia 3 tahun.

Selain Rajwan, band tersebut turut dianggotai basis, Efry Arwis sebagai pemain flute/ saksofon, Faliq Auri (gitaris) danTam Cobain atau Mohd Noor Latiff.

fd78e18ed2a96b50a60e36e47f53e844.jpg

Rajwan bersama isteri dan anak pertama mereka

Pada 22 Nov lalu Alif disahkan positif Covid-19. Susulan itu, kesemua artis dan kru yang terlibat pada separuh akhir Muzik-Muzik 35(MM35) pada Jumaat lalu turut melakukan ujian saringan Covid-19. 

Sementara itu mengulas keadaan kesihatan dirinya dan tiga anggota band lain, Adlina berkata, mereka diarahkan untuk kuarantin kendiri selain melakukan ujian calitan sekali lagi pada tarikh yang ditetapkan.

“Semua kena kuarantin dan diberi gelang merah jambu, manakala saya diminta menjalani saringan terakhir pada 30 Nov ni.

“Tam dan Efry sebelum ni dah buat saringan pertama pada 21 dan kali kedua pada 22 Nov lalu.

“Hari ni, Efry diminta menjalani ujian kali kedua dan keputusan akan diumumkan esok manakala Faliq tak perlu lakukan saringan tapi dia diminta kuarantin kendiri.

“Ketiga-tiga mereka juga perlu jalani saringan terakhir pada 3 Disember ni,” katanya.

Sumber – Hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*