Ketika PKP Baru Bermula, Taufiq Hanafi Dedah Ingin Terjun Dari Balkoni Rumah

Kuala Lumpur: “Bila berdiri di balkoni rumah dan tengok ke bawah, rasa macam nak terjun.”

Itu perkongsian pelakon, Taufiq Hanafi mengenai pengalamannya ketika berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Menurutnya, antara perkara paling membimbangkannya adalah kesihatan me-ntal.

“Banyak perkara yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan apabila diumumkan PKP dan kini Perintah Kawasan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, saya bimbang dengan kesihatan me-ntal saya.

“Saya tinggal sendirian dan apabila berkurung dalam rumah dalam satu tempoh agak lama seperti PKP lalu, tak ada sokongan untuk m-ental saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut bintang filem Paskal dan Pasal Kau ini, dia tidak tahu sekiranya itu adalah kemurungan atau apa. “Kalau nak cakap itu adalah kemurungan, saya sendiri tak pasti sebab saya tak pernah alami. Jadi, saya tak boleh nak jelaskan. Namun, apabila fikiran jadi seperti itu, saya cepat-cepat untuk ubah fikiran saya supaya dapat berfikir dengan lebih rasional. Saya anggap ini sebagai dugaan,” katanya.

Ditanya mengenai kesan kepada kewangan, Taufiq bersyukur kerana dia masih lagi dikurniakan rezeki. “Alhamdulillah, setakat ini rezeki saya masih mencukupi walaupun sepanjang PKP tempoh hari, banyak kerja-kerja dan tawaran yang dib4talkan.

“Mungkin kerana saya masih bujang dan tanggungan saya hanyalah untuk ibu bapa di kampung, jadi tak langsung, saya tak terasa sangat dari segi kewangan,” katanya.

Dalam tempoh PKPB ini, Taufiq mengharapkan masyarakat terus menitikberatkan kesihatan mental.

“Akibat krisis ini, masyarakat yang terkesan. Ada yang kehilangan pekerjaan, hilang mata pencarian, tertekan dan kemurungan.

“Saya berharap agar krisis ini dapat tamat dan semuanya dapat dipulihkan untuk kesejahteraan kita semua,” katanya.

3 k0rban akibat Covid-19, Malaysia catat 865 kes baharu… 99 di ICU

PENU-ARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 865 kes baharu, menjadikan keseluruhan 21,363 kes setakat Isnin.

Daripada 865 kes baharu yang telah dilaporkan, 858 merupakan penularan tempatan dan tujuh lagi merupakan kes import jangkitan luar negara.

Sabah merekodkan catatan pesakit positif Covid-19 tertinggi sebanyak 226 kes diikuti Selangor (107), Kedah (97), Johor (13), Terengganu (5), Negeri Sembilan (3) diikuti Sarawak (2), Pahang (1) dan Wilayah Persekutan (1).

Menurut Ketua Pengarah Kes-hatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga kes kem4tian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 190 kem-tian.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiga kes kem-tian berkaitan Covid-19 setakat ini.

Perincian kes kem4tian Covid-19 pada Isnin.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kem4tian Covid-19 di Malaysia sebanyak 190 kes,” ujarnya menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Isnin petang.

Sehingga hari ini, 455 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 13,717 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 99 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 32 kes memerlukan bant-an pern4fasan.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan terdapat dua kluster baharu hari ini iaitu Kluster Hentian (Selangor) dan Kluster Bukit (Melaka).KKM

 

Sumber – Trending Sangat

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*