Kes Misteri Ketuk Pintu, Kat Sabak Bernam Belum Settle, Sekarang Dah Melarat Ke Tanjung Karang, Kuala Selangor Pulak

Tanjong Karang: Bunyi ketuk pintu misteri yang menghantui penduduk di Sabak Bernam sejak seminggu lalu, kini melanda Tanjong Karang dan Kuala Selangor pula.

Seorang penduduk di Kampung Parit 3, Sungai Burong di sini, Anuar Anal, 43, mendakwa diganggu dengan ketukan pintu rumahnya pada 1 pagi kelmarin.

Menurutnya, kejadian itu disedarinya ketika berada di bilik selepas membuang air kecil di tandas.

“Belum sempat saya memejamkan mata, saya dikejutkan dengan bunyi ketukan sebanyak empat kali.

“Saya kemudian pergi ke pintu dan mengintai dari celah bawah pintu serta tingkap. Tiada siapa di depan rumah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Anuar yang juga pekerja Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) berkata, bimbang individu tidak bertanggungjawab melakukan gangguan itu, dia menunggu seketika sebelum menyambung tidur pada 1.15 pagi.

Menurutnya, gangguan itu diceritakan kepada isteri dan tiga anaknya pada keesokan hari.

“Mereka terkejut apabila saya diganggu dengan ketukan itu. Kalau benar ada orang yang lakukan gangguan itu, saya masih boleh terima tetapi kalau sebaliknya (bukan orang), bagaimana?,” katanya.

Sementara itu, suasana di Kampung Kuantan, Kuala Selangor gempar apabila ada penduduk mendakwa terlihat lembaga berpakaian putih di jalan kampung itu pada 2.45 pagi hari ini.

Menerusi video berdurasi 45 saat yang tular di YouTube, video terbabit mendakwa ada orang ternampak makhluk menakutkan dan kemudian menghubungi jiran sebelahnya.

“Jiran sebelah kemudiannya keluar rumah dan nampak kelibat sama sebelum masuk semual ke rumahnya.

“Sejurus (jiran sebelah) masuk (semula) ke dalam rumah, pintu (rumah) kena ketuk,” katanya.

Sumber-HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*