Jodoh Tak Berpanjangan, Anju Cerai Kali Ke 2. Ini Punca Sebenar Penceraian Mereka

KUALA LUMPUR: “Ya, Anju sudah bercerai. Bukan nak sibuk, nak kecoh pun, tetapi sebab ramai bertanya. Tiada apa yang teruk, cuma kami tak sehaluan,” demikian perkongsian pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie, 34, menerusi laman sosial, Instagram (IG) berhubung perceraiannya.

Menerusi entri itu, Zarina atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul berkata, keputusan bercerai dengan suami, Eilyas Azhar adalah pilihannya.

Bagaimanapun, Zarina tidak memaklumkan tarikh perceraian selepas kira-kira enam bulan mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Zarina berkata, keputusan berpisah adalah jalan terbaik, memandangkan dirinya mahu fokus kepada kerjaya, anak dan keluarganya.

“Saya percaya ini adalah keputusan terbaik untuk saya. Saya mahu fokus pada kerja, keluarga dan anak saya.

“Saya mahu meluangkan lebih banyak masa dengan mereka kerana saya duduk seorang diri selama bertahun-tahun. Saya mahu menggunakan masa ini untuk kembali rapat dengan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina turut berterima kasih kepada peminat yang menghantar mesej dan menghubunginya bagi memberikan sokongan.

“Terima kasih kepada mereka yang menghantar mesej langsung dan menghubungi saya. Jujurnya, saya amat terharu dan menghargai keprihatinan semua,” katanya.

WhatsApp_Image_2021-01-27_at_3.50.06_PM_1611740155.jpg

Saat bahagia Zarina Anjoulie bersama bekas suami, Eilyas Azhar dan anak lelakinya, Awangku Gabriel Martin Ezra. – Foto IG Zarina Anjoulie

Zarina dan Eilyas mendirikan rumah tangga pada 17 Julai, tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum itu, pelakon drama Anak Pontianak itu pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka dari Brunei, Pangiran Mohd Ilham Syazwan pada 2015, bagaimanapun bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

Sebelum itu, Zarina memuat naik satu hantaran di IG memaklumkan sudah bercerai.

“Alhamdulillah, yeay aku dah cerai. Hari terbaik dalam hidup saya. Alhamdulillah, terima kasih Yas,” tulisnya.

Sumber-BH Online

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*