Isteri Arwah Abam Tengah Syok Berniaga, Tiba-Tiba ‘Diserang’ Seorang Artis Popular!

Umum mengetahui semenjak pemergian suami tercinta, Allahyrham Abam Bocey pada Februari lalu, Hidayah telah pulang ke menetap di rumah ibu bapanya di Sabak Bernam.

Selain dari menguruskan perniagaan atas talian menerusi Instagram dengan membuat ‘paid review’, Hidayah juga mengakui sibuk berniaga cempedak goreng bersama keluarganya.

Hidayah atau nama sebenarnya Nor Hidayah Mohd Ali juga mengatakan apa sahaja yang dilakukannya hanya semata-mata untuk anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“Saya cuma ibu tunggal sahaja yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak,” jelas Hidayah sebelum ini.

Terkejut dengan kedatangan pelakon Didi Alias

Sementara itu dengan menerusi satu hantaran di media sosial Instagram, Hidayah meluahkan rasa gembira apabila menerima kunjungan pelakon dan pengacara Didi Alias ke gerainya.

Siapa sangka Didi Alias telah sanggup datang dari jauh dengan menempuh perjalanan hampir selama 2 jam 30 minit untuk sampai ke Sabak Bernam.

Bukan itu sahaja, Didi turut membawa pelbagai hadiah di antaranya beberapa helai tudung dan juga hamper untuk anaknya, Hamzah.

“Terima kasih mumy, Didi Alias sudi datang ke gerai hidayah Terima kasih beri hidayah macam-macam hadiah.”

“Semoga mumy sentiasa sihat dan sentiasa didalam lindungan Allah amin.. Dan jangan lupa 25.09.2020 jam 9-11pm di LIVE FB, ladydidie TV yer”tulis Hidayah lagi.

Satu Perkongsian dari Hidayah melalui Instagram arwh suaminya Abam itu telah mencuri perhatian pada peminat Allahyrham apabila meraih lebih 70 ribu tanda suka.

“Teriman kasih semua yang telah mendoakan kami sekeluarga semoga kita semua dalam lindungan Allah amin” balas Hidayah sebagai ucapan terima kasih selepas ramai peminat mendoakannya dan anaknya, Hamzah.

Perkongsian Dari Didi Alias

Sementara itu kedatangan Didi Alias itu difahamkan untuk salah sebuah program yang akan dimuatkan ke dalam saluran Youtube DidieTV dan akan ditayangkan pada 25 September ini, jam 9 malam.

Didi turut memuatnaik hantaran di Instagram beliau dan berkongsi tentang kedatangannya menziarah baIu Allahyrham Abam Bocey itu.

“Sempat pergi melawat sikenit arwh Abam Bocey bersama ibunya Hidayah berniaga cempedak kat Sabak Bernam.”

“Alhamdullillah Hamzah dan ibu die sihat. Sama-sama kita doakan semuga mereka dilindungi,diberi kesihatan yang baik dunia dan akhirat Amin” tulis Didi lagi.

Dengan menerusi ruangan komen, rata-rata warganet berasa terharu melihat kesanggupan artis yang sanggup datang berjumpa Hidayah.

Terdahulu, personaliti yang selalu mencetuskan kontroversi, Azwan Ali, turut menyatakan hasrat untuk menemui balu pelawak Allahyarham Abam Bocey itu.

Azwan yang lebih dikenali sebagai Diva AA itu berkata, dia memahami situasi dialami ibu tunggal anak satu itu kerana keluarganya sendiri berantakan sehingga kini.

Sumber: Instagram Abam Bocik dan Ladydidiemsia

Via news.allmhi

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*