Ibu, Ayah Dan Adiknya Pula Kini Positif Covid19! Anak-anak Dan Isterinya Sedang Tunggu Keputusan, Doakan Mereka Ya..

KUALA LUMPUR: Selepas artis terkenal, Alif Satar disahkan positif COVID-19, ibu dan ayah penyanyi berkenaan juga disahkan dijangkiti pandemik berkenaan.
Mengesahkan perkara itu, pengurus Alif, Adlina berkata, selain orang tua penghibur berkenaan, adiknya juga didapati positif wabak yang sama.
Menurut Adlina, ketika ini, kesemua ahli keluarga artis yang diuruskannya itu menerima rawatan di hospital.
Sementara itu, Adlina berkata, isteri Alif, Sha Dila Halid serta tiga orang anaknya pula hanya menjalani ujian saringan pagi tadi.
Sehubungan itu, penyanyi, pelakon dan pengacara tersohor negara itu, kata Adlina, memohon peminat-peminatnya agar mendoakan isteri dan tiga orang anaknya bebas daripada jangkitan pandemik COVID-19.
Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 30, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka memaklumkan, dia berada dalam keadaan sihat dan menjalani prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pasukan perubatan.
“Saya baru saja berbual dengan Alif menerusi telefon. Alhamdulillah, dia okey, namun sedang dipantau oleh doktor. Sudah tentu Alif berasa bimbang dengan keadaan isteri dan anak-anaknya yang kini berada di Kuala Lumpur.
“Dia sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa berhubung isteri dan anak-anaknya,” kata Adlina kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Sumber-Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*