Hangat Isu Dituduh Merogol, Ini Tindakan Yang Akan Diambil Oleh Da’i Syed

KUALA LUMPUR: Bekas peserta sebuah program realiti keagamaan, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 25, menuntut agar individu yang menfitnahnya di laman sosial agar segera tampil dengan permohonan maaf.
Dalam satu kenyataan, dia yang lebih dikenali dengan panggilan Da’i Syed berkata, semua kenyataan yang dibuat individu-individu terbabit adalah fitnah serta telah ditokok tambah, dan menyifatkan ia adalah tohmahan yang amat dahsyat untuk dirinya.
“Saya menuntut semua pengguna Twitter berkenaan agar memadam kenyataan-kenyataan tersebut. Permohonan maaf secara bertulis juga perlu dilakukan bagi memperbetulkan keadaan.
“Jika masih berdegil, saya akan memulakan tindakan saman fitnah terhadap mereka,” katanya.
Pemenang tempat keempat program realiti keagamaan ini juga memaklumkan dia sangat terkesan dengan fitnah yang dilemparkan dan sudah membuat laporan polis pada Selasa.
Syed juga meminta orang ramai agar menghormati situasi semasa antara dia dan bapanya, yang turut dijadikan modal sesetengah pihak untuk membuat spekulasi sedangka baginya ia adalah perkara bersifat peribadi.
Terdahulu, seorang pengguna Twitter menuduh dia merogol gadis, malah turut menyertakan beberapa dakwaan daripada beberapa individu lain dalam entri di akaunnya.
Sumber-Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*