
Gerak Khas merupakan drama televisyen kepolisan terbitan Skop Production dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia. Ia mula bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 5 April 1999.
Dengan memapaparkan pelbagai kisah dan kes jenayah seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, dadah dan sebagainya, ia telah menjadikan siri televisyen ini sebagai antara pilihan utama rakyat Malaysia. Malahan siri Gerak Khas ini juga pernah diadaptasi dalam bentuk filem pada tahun 2001, 2002 dan 2005.
Antara barisan pelakon asal yang pernah membintangi siri Gerak Khas ini adalah Datuk Yusof Haslam, A. Galak, Farid Amirul, Deen Maidin, AC Mizal dan Abby Abadi. Kini ia turut dibintangi oleh Norman Hakim, C. Kumaresan, Salina Saibi, Zul Ariffin, Sheera Iskandar, Erra Fazira dan ramai lagi.
Pencapaian paling bermakna buat Skop Production adalah ketika siri Gerak Khas diberikan pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran” pada tahun 2009.
Kini setelah lebih 21 tahun bersiaran di RTM, Gerak Khas The Finale akan mula ditayangkan di TV3 pula mulai 4 Disember 2020.
Sumber-Lagendapress
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply