Diduga Bermacam Dugaan, Akhirnya Neelofa Balal Umum Tarikh Nikah Dengan PU Riz

KUALA LUMPUR: Adat dalam sesebuah perhubungan, pasti ada pasang dan surutnya.

Demikian juga dengan hubungan pasangan sensasi, Neelofa dan PU Riz yang sebelum ini dilaporkan berhadapan dengan masalah.

Selepas melalui proses pemulihan, usahawan dan selebriti tersohor negara itu mengesahkan, hubungannya dengan pendakwah bebas itu sangat baik dan positif.

Dalam masa sama, Neelofa menegaskan, kontroversi mengenai pergolakan hubungan mereka seperti yang tercetus baru-baru ini hanyalah salah faham.

“Alhamdulillah, hubungan kami baik-baik sahaja dan positif. Apa yang terjadi baru-baru ini, hanyalah salah faham.

“Cerita yang tidak berasas hanya memburukkan keadaan. Sejak insiden itu, hubungan kami okay sahaja,” katanya dalam sidang media secara virtual sempena pelancaran aplikasi gaya hidup Islam, The Noor yang dibangunkannya, hari ini.

Bahkan, Neelofa juga memberi bayangan akan mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam masa terdekat.

“Saya akan kongsi dalam masa terdekat. Dalam keadaan sekarang, di mana angka (jangkitan) COVID-19 pada tahap membimbangkan, banyak kekangan yang terpaksa dihadapi.

“Kami ada menghubungi beberapa pihak untuk bertanyakan kesesuaian mengadakan majlis.

“Namun, banyak yang masih menjadi tanda tanya dan tidak jelas. Jadi, sukar untuk kami kongsi perancangan kami,” kata usahawan hijab itu lagi.

 

Sumber – Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*