Datuk Alif Satar Pula Positif Covid-19! Berat Betul Dugaan Dia. Mungkin Punca Jangkitan Beramai-ramai

Kuala Lumpur: Datuk kepada penyanyi Alif Satar yang kini berusia 91 tahun turut disahkan positif Covid-19, Sabtu lalu.

Alif menerusi hantaran di Inst4gram berkongsi, datuknya, Mohamad Che Noh kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Turut dir4wat di sana ialah ibu, bapa dan adik bongsu Alif yang juga dijangkiti Covid-19.

“Pakwan (datuk) saya, 91 tahun juga pesakit Covid-19. Saya minta tolong semua untuk doakan agar Pakwan saya terus kuat dan dikurniakan kesihatan seperti biasa. Semoga Allah merahmati kalian semua.

“Terima kasih warga barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh kerana menjaga keluarga saya dan semua pesakit Covid-19. Anda semua sudah jalankan tugas dengan baik,” katanya.

Sementara itu, isteri Alif, Sha Dila Hadid ketika dihubungi berkata, datuk Alif tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

“Pakwan pun disahkan positif pada Sabtu lalu. Dia tidak ada apa-apa sakit kronik, cuma jalan saja kena pimpin atau pakai tongkat. Mungkin Pakwan terkena jangkitan sebab semua bergilir-gilir menjaga dia. Kasihan juga apabila dia kena,” katanya.

Sumber-HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*