Dah Mula Menyerang Keliling Rumah, Ini Luahan Zarina Zainuddin Yang Bikin Netizen Tergamam…

Pelakon Zarina Zainuddin, memberitahu bahawa anak lelakinya, Muhammad Razail Azrai atau lebih mesra disapa Azil yang merupakan seorang autistik semakin sukar dikawal.

Ini kerana, menurut Zarina, selain sering tantrum setiap hari, anaknya yang merupakan pasangan kembar kepada Muhammad Razal Azrai atau Azal itu sudah mula melakukan tindakan luar kawalan termasuk menyerangnya.

“Saya sebenarnya dah malas nak tunjuk video Azil tantrum. Perkara ini berlaku setiap pagi Azil akan bangun dan terus mengamuk.

“Sekarang dah pandai serang. Kadangkala saya dikejar keliling meja sebab saya taknak dia bawak makanan ke bilik atas.

“Semalam Azil serang abahnya di dapur. Dia tolak abahnya depan mata saya, lihat abahnya bersabar,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

 

Dalam entri tersebut, Zarina turut berkongsi sebuah video yang memaparkan anaknya berada dalam keadaan tantrum sehingga mencederakan diri. Begitupun, menurut Zarina dia tetap sabar melayan kerenah anaknya itu walaupun perlu berdepan situasi tersebut saban hari.

“Jadi ibu kena kuat otak kena sihat jangan ikutkan perasaan menangani anak istimewa, anak syurga yang tak tahu apa apa yang tidak ada dosa yang berdosa kita sebenarnya kerana kurang sabar,” katanya. Di ruangan komen, rata-rata memberikan sokongan dan memuji Zarina yang sentiasa tabah membesarkan dua orang anaknya yang autistik.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993.Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat anak lelaki termasuk sepasang kembar, iaitu Azal dan Azil.

Kredit:Gempak IG Zarina via Awatsyeikhh

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*