Dah Manis Sopan Bertudung, Peminat Pulak Tergamak Suruh Hannah Delisha Tanggalkan. Semua Gara-gara…

Baru-baru ini, Hannah Adlina Blackburne Birch atau nama komersilnya Hannah Delisha telah berkongsi beberapa keping gambar di sebuah majlis menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam gambar itu, Hannah kelihatan menawan mengenakan hijab bermotifkan bunga-bungaan yang dilabuhkan hingga menutupi bahagian dada bersama busana berwarna putih.

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

 

Posting gambar tersebut turut mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet memuji penampilan pelakon ini yang nampak sopan dan ayu.

 

Berlakon watak antagonis punca disuruh bukak tudung

Selain itu, penangan hebat watak Amani yang dilakonkan beliau, iaitu seorang antagonis dalam drama Cinta Sekali Lagi telah berjaya menarik perhatian ramai terhadap pelakonnya, Hannah Delisha.

Bahkan, keberkesanan lakonannya itu mendorong segelintir warganet yang tidak suka akan watak Amani, memarahi Hannah sehingga ada yang tergamak menyuruhnya untuk membuka tudung.

Nampaknya, pelakon yang berasal dari Singapura ini telah berjaya menjiwai watak lakonan dan membuktikan bakatnya seiring dengan rupa paras yang jelita.

Umum mengetahui bahawa pada awal September lalu, pelakon berusia 24 tahun itu membuat keputusan untuk berhijab. Justeru itu, ramai yang memuji penampilan barunya itu.

Berikut merupakan pujian-pujian dari para peminatnya

Kalau tak comel, bukan Hannah namanya

  

Cantik sangat akak pakai tudung bawah dada

Sopannya! Masyaallah

Terdahulu, dia pernah terfikir berkenaan rezeki selepas berhijab akan tetapi dia tidak risau mengenai perkara itu kerana percaya rezeki adalah milik Allah SWT.

Sumber: Instagram Hannah Delisha via ohmedia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*