Benda Boleh Settle Luar Kenapa Perlu Sampai Naik Mahkamah? – DS Vida Terkejut Tentang Tuntutan Hadhanah Oleh Bekas Suami

Terkejut – demikian luahan usahawan kosmetik Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) apabila ditanya berhubung tuntutan hadhanah bersama anak-anak oleh bekas suami semalam.

Enggan mengulas secara terperinci, Hasmiza sebaliknya menyatakan kekesalannya terhadap Mohd Amin Yasin yang sepatutnya boleh menyelesaikan perkara itu dengan menghubunginya terlebih dulu sebelum membawa isu tersebut ke mahkamah.

“Saya sangat terkejut sebaik dimaklumkan mengenai berita tersebut hari ni. Dia (bekas suami) tak perlu bawa isu ni naik mahkamah.

“Apa-apa, boleh saja hubungi kami,” katanya kepada Malaysiakini.

Mohd Amin, 42, yang juga seorang peniaga diwakili peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) bersama anak-anak di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan.

Pada prosiding berkenaan, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty, menetapkan 25 Nov ini untuk sebutan semula kes terbabit.

Mahkamah tidak akan membuat sebarang keputusan hari ini sehingga mendengar dan prosiding dihadiri kedua-dua belah pihak.

Mohd Amin

 

Mohd Amin berkahwin dengan Hasmiza pada tahun 2000 dan bercerai pada 2008. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan empat orang anak.

Namun, anak pertama dan kedua meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013.

Mohd Amin mendakwa, kali terakhir dia bertemu dengan dua anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen, 15 dan Eriq Zaquan, 13, ialah pada 2018.

Dia juga mendakwa, cubaan untuk menghubungi kedua-dua orang anaknya itu seolah-olah dihalang seseorang apabila individu terbabit memberikan pelbagai alasan hingga membuatnya berkecil hati.

Ditanya berkenaan dakwaan tersebut, Hasmiza berkata, dia lebih rela mengunci mulut daripada mendedahkan perkara yang sebenar.

“Saya tak mahu komen, takut timbul isu lain pula. Lebih baik diam. Tapi, Malaysia will know, soon or later (Malaysia akan tahu juga, lambat-laun”,” katanya.

Sumber-Malaysiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*