Alhamdulillah, Setelah 2 Minggu Alif Satar Dirawat, Kini Beliau Disahkan Bebas Covid-19

Umum mengetahui dugaan yang melanda pelakon, penyanyi dan pengacara hebat iaitu Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 dua minggu lalu.

Terbaru, Alif yang menerima rawatan di Hospital Melaka, kini disahkan bebas virus tersebut dan sudah discaj pada 2 Disember lalu.

Menurut laporan Astro Gempak, Alif yang sudah menjalani tempoh kuarantin selama 12 hari, kini sudah boleh pulang dan bersyukur dengan segala doa daripada peminat dan orang ramai.

“Alhamdulliah syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikuarnikanNya.

“Sukacita saya ingin berkongsi, selepas 12 hari dikuarantin di Hospital Melaka serta atas berkat doa seluruh rakyat Malaysia buat saya sekeluarga, saya kini kembali sihat dan sudah berada di pangkuan keluarga tersayang,” katanya.

Artis serba boleh yang dikurniakan tiga cahaya mata itu sempat berjumpa ibu bapanya sebelum pulang menemui isteri tercinta.

Difahamkan, isterinya dan anak-anak disahkan negatif Covid-19 setelah menjalani ujian swab test. Alif kini mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama keluarga yang dirindui selama tempoh kuarantin itu.

Dia juga sempat berpesan kepada rakyat Malaysia agar menghentikan pandangan negatif terhadap pesakit Covid-19. Hal ini kerana pesakit bukanlah seorang penjenayah yang harus dipulaukan atau dibenci.

“Maka, hentikanlah stigma negatif, memulau, mengasingkan dan memandang seorang mereka yang terkesan dengan wabak ini. Tiada siapa minta untuk dijangkiti,” ujarnya.

Selain itu, dia turut menzahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan yang menjaga dirinya sepanjang tempoh kuarantin itu.

 

Sumber – wowberita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*