Pengurus Sahkan Populariti Da’i Syed Mendadak Naik Sampai Makcik Kantin Pun Kenal

Pengurus kepada Da’i Syed iaitu Mohd Aizat Jaafar mengakui pendakwah selebriti dan penyanyi itu kian dikenali selepas terkait kontroversi dakwaan merogol.

 

Aizat berkata, apa yang terjadi kepada Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful memberikan hikmah tersendiri.

 

“Diakui kontroversi yang melanda sedikit sebanyak menaikkan nama dan lagu nyanyian Syed. Kalau dulu memang ramai tak kenal, tapi sekarang berbeza. Makcik kantin di mahkamah pun sudah kenal dia.

 

“Bagi saya, apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Selain menaikkan namanya, mungkin selepas ini dia boleh menggunakan peluang itu untuk berdakwah dan berkongsi perkara kebaikan,” katanya.

 

Mengenai kerjaya nyanyian, Aizat berkata ia bergantung kepada kesediaan dan emosi Syed.

 

“Buat masa ini tengok keadaan emosi dia dulu. Cuma, pihak pengurusan memang sudah ada perancangan untuk dia, tapi perlu memastikan dia betul betul bersedia dan bersemangat untuk kembali aktif,” katanya.

 

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Da’i Syed dibebaskan selepas melunaskan bayaran ikat jamin berjumlah RM35,000 di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Petaling Jaya, semalam.

Peguam bela selebriti itu, Syed Amirul Syed Edros berkata, bayaran ikat jamin anak guamnya dilunaskan oleh abangnya, Syed Shah Iqram dan pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar.

 

Menurut Syed Amirul, kegagalan anak guamnya membayar ikat jamin selepas didakwa di kedua-dua mahkamah berkenaan pada 10 Disember lalu menyebabkan dia ditahan di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang.

 

Sumber – Hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*