Dikecam Sebab Riak Tunjuk Video Suami S0lat, Ini Jawapan Pedas Abby

Pelakon dan usahawan Abby Abadi menjawap kata-kata yang dilemparkan kepadanya oleh segelintir netizen yang mendakwa dirinya riyak apabila berkongsi satu video suaminya sedang solat di tempat jualan.

“Semalam saya kongsikan video suami solat ni kt story. Ada yang dm kata ini riak, menunjuk. Saya balas semula, saya kata kalau suami pos sendiri, mungkin menunjuk tapi kan saya yg pos, ALLAH lebih tahu niat seseorang tu.

“Ini IG saya. Ye saya tak sempurna. Takkan mungkin sempurna, tapi saya cakap, saya kongsi tazkirah, renungan qalbu. Ingatkan pasal solat dalam IG ni agar IG saya bermanfaat utk org lain. Jadi bila tiba2 saya padam, ada juga kenangan indah yg saya tinggalkan disini,” jelas Abby Abadi.

 

Menurut Abby, sangat rugi jika laman sosial hanya digunakan untuk bersembang kosong, menunjuk itu dan ini tan langsung berdakwah untuk mengingatkan kepada Pencipta.

“Bila ingatkan benda baik2, pergi mana2, apa keadaan pun mesti jaga solat, serba tak kena.. bila ajak liburan, ajak gi konsert, pergi layan benda2 mengarut.. berpuluh2 kali post pun takpe, siap repost lagi..bila pasal solat, sentap tak tentu hala… itulah kesilapan besar kita sebenarnya. Walhal hidup ni memang untuk sebarkan agama DIA.

“Muhasabahlah..mmg tanggungjawab kita saling mengingatkan & berpesan2. Berpesan2.dgn kebenaran. Berpesan2 dgn kesabaran. Bukan sebab kita konon baik dari org lain, tp sebab nak sama2 ke syurga & bernilai disisiNYA,” tulis Abby lagi.

Tambah Abby lagi, sangat rugi jika hidup tidak solat dan menangguh-nangguhkannya kerana kita tidak akan tahu bila kita akan pergi meninggalkan dunia yang sementara ini.

 

Sumber : GEMPAK via awatsheiikh

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*