“Rumah Ni Mem4ng Kedai” – Dah 50 T4hun [email protected] Nasi Dagang Rupanya

“Maklumlah Hari Raya pertama, saya memang cuti pada haritu, ” kata Fatimah Jusoh, 72, berhubung sebuah kisah viral dimana ada seorang lelaki yang tersilap memasuki rumah orang yang disangkakan kedai makan dan hanya disedari ketika ingin membuat bayaran sahaja.

 

Fatimah yang juga dikenali sebagai Mok Ngoh memaklumkan bahawa kemungkinan besar, lelaki tersebut tidak faham loghat bahasa Terengganu yang menyebabkan lelaki tersebut tidak tahu tentang keadaan sebenar yang menyangkakan rumah itu bukan kedai. Padahal, rumah tersebut memang sebuah kedai yang berksonsepkan rumah.

 

“Rumah saya ni memang kedai malah dah lebih 50 tahun sudah berniaga nasi dagang, nasi lemak dan nasi kebuli pada hari biasa.

“Cuma pada hari perayaan dan hari tertentu saya tidak berniaga dan menjamu orang ramai yang bertandang ke rumah dalam kedai berkenaan.

“Perkara ni terjadi mungkin juga sebab suasana kedai yang membuatkan lelaki tu berhenti untuk makan dan seterusnya ingin membuat bayaran. Saya juga terkejut apabila lelaki tersebut inigni membuat pembayaran selepas makan,” kata Mok Ngoh ketika ditemui di rumahnya harini yang terletak di Terengganu.

Tambah Mok Ngoh lagi, sudah menjadi tradisi, dia memang akan menjamu penduduk kampung pada setiap hari raya sama ada pada Aidilfitri atau Aidiladha sebab itu mok goh terkejut apabila lelaki tu ingin melakukan pembayaran.

“Saya langsung tidak tahu kisah yang viral itu sebelum diberitahu anak dan cucu.

“Saya tidak marah malah ingin mengajak lelaki tersebut untuk datang sekali lagi ke sini. Kelakar juga bila cucu bagitahu berkenaan kisah yang tular di media sosial itu,” katanya.

 

Perkongsian oleh Mohd Karbi berkenaan kisah kelakar pengalamannya itu di media sosial menarik perhatian wargamaya dan menyebabkan kisah tersebut menjadi tular dan menerima banyak maklum balas yang menyifatkannya sebagai pengalaman yang sangat melucukan.

Sumber – Hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*