Lelaki Ditahan Polis Dan Disoal Siasat Kenapa Pakai Ekzos Bising, Ini Alasan Padu Dia Bagi!

EKZOS bising ni jimat minyak tuan… pasal tu saya pakai ekzos ni,” kata seorang penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Lejang/Samseng Jalanan di Kilometer 61, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Rantau Abang, Dungun, hari ini.

Pemuda berusia 28 tahun itu merayu dia tidak dikenakan saman kerana mendakwa ekzos motosikalnya tidak pernah mengganggu ketenteraman dan tidak pernah dimarahi penduduk kampungnya.

“Motosikal ini saya pakai waktu nak jalan jauh je, kalau di kawasan kampung atau nak ke masjid saya guna motosikal lain.

“Saya ada anak isteri, takkan saya nak ganggu ketenteraman penduduk, malu anak isteri saya,” rayu lelaki itu.

Bagaimanapun, rayuannya itu tidak dilayan, sebaliknya polis mengeluarkan saman dan meminta dia menggantikan ekzos itu dengan ekzos yang diluluskan.

“Mahal ekzos ni encik RM300, jimat minyak saya ni, mana ada wang saya nak bayar saman encik,” katanya sebelum menurunkan tandatangan di kertas saman.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, polis mengeluarkan sebanyak 22 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi selama dua jam itu.

Menurutnya, sebanyak 384 kenderaan diperiksa membabitkan 220 kereta, 150 motosikal, empat pacuan empat roda, tiga lori serta sebuah bas.

“Kita turut membuat pemeriksaan ke atas 390 individu dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang memiliki dua biji pil kuda serta mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu membabitkan dua pegawai serta 14 anggota polis.

Sumber Artikel: Hmetro Online

Via : Kualalumpurviral

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*