“Kereta, Rumah, Modal Berniaga Dan Umrah” – Tawaran Untuk Sesiapa Yang Sanggup Jadi Isteri Kedua, Ketiga Dan Keempat!

 

Sebuah rumah, kereta, belanja bulanan, pakej umrah dan modal untuk isteri berniaga.

Itu lima tawaran buat wanita yang ingin menumpang kasih menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat ditawarkan agensi mencari jodoh.

Pakej poligami itu inisiatif agensi mencari jodoh milik Zainudin Mohd Jaafar.

Lelaki berusia 56 tahun itu berkata, pakej khas itu khusus buat wanita yang ingin berkahwin dan lelaki berkemampuan namun memerlukan peneman.

“Jika mahu berpoligami pastinya seorang wanita mahu jaminan dalam hidup mereka dan disebabkan itu kestabilan ekonomi dan pendapatan stabil menjadi ukuran.

“Saya hanya akan menemuduga dan menerima lelaki yang berkemampuan saja, cinta saja tidak cukup untuk hidup dalam dunia ini,” katanya kepada Harian Metro.

Zainudin berkata, setakat ini dia sudah menerima 30 permohonan daripada lelaki ‘kaya’ untuk mencari calon isteri kedua, ketiga dan keempat.

“Apabila mereka datang ke agensi ini, saya akan meminta bukti kemampuan lelaki berkenaan termasuk slip pendapatan, pembayaran cukai pendapatan, jenis kereta termasuk penampilan.

“Malah, kriteria lelaki itu wajib sihat zahir dan batin supaya tiada masalah di kemudian hari,” katanya.

Katanya, bagi calon wanita yang ingin menumpang kasih setakat ini pihaknya menerima 15 permohonan.

“Tidak ramai wanita berminat dengan poligami terutama bagi mereka yang sudah lanjut usia.

“Antara kriteria bagi wanita yang akan saya pertimbangkan, berusia 30 hingga 40 tahun, sihat tubuh badan dan belum menopaus.

“Wanita berasal dari negeri mana dan bekerja atau tidak bukan kriteria yang menjadi ukuran,” katanya.

Menceritakan bagaimana dia mendapat idea membuat pakej berkenaan, Zainudin mengakui dia mahu membantu umat Nabi Muhammad SAW membina masjid terutama wanita lanjut usia.

“Saya lihat ramai wanita kini tidak berkahwin dan terfikir idea ini sebaik menerima permohonan seorang isteri pertama yang mencari calon isteri kedua buat suaminya.

“Alasan wanita itu dia sudah tidak dapat melayani suaminya dan terfikir mahu mencari isteri kedua lebih-lebih lagi lelaki itu berkemampuan,” katanya.

Katanya, dia hanya membantu pasangan bertemu jodoh dan urusan perkahwinan perlu diuruskan sendiri oleh mereka.

“Saya bantu menemukan ‘jodoh’, urusan selebihnya perlu diuruskan pasangan berkenaan termasuk di jabatan agama.

“Alhamdulillah sejak agensi ini ditubuhkan pada 2006, lebih 1,000 pasangan sudah disatukan dan berharap pakej poligami ini juga mendapat sambutan ramai,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk menjadi calon suami berpoligami atau isteri kedua, ketiga dan keempat boleh menghubungi Zainudin di talian 019-6071088 atau 013-3632188.

Sumber – Hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*