Dinobat Sebagai Ikon Integriti Penjawat Awam, Ini Reaksi Padu Datuk Ayob Khan Mydin

NAMA Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sudah tidak asing lagi dalam kalangan anggota masyarakat kita yang mengenalinya sebagai seorang anggota polis yang berintegriti tinggi, berani, tegas dan cemerlang.

Sebelum ini Ayob Khan yang berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman cukup terkenal dengan kecemerlangan perkhidmatannya mengurus dan menangani pelbagai kumpulan dan individu yang ada hubung kait dengan kumpulan pengganas.

Kini nama besar dalam perkhidmatan polis ini semakin terserlah apabila dilantik pula sebagai Ketua Polis Johor mulai Mac lepas.

Tatkala sekelompok anggota penguatkuasa terjebak dengan pelbagai masalah integriti dan displin seperti rasuah dan salah guna kuasa, kita jangan lupa masih ramai lagi dalam kalangan mereka yang memiliki nilai integriti yang tinggi serta kualiti kepimpinan yang hebat dan sudah semestinya Ayob Khan adalah salah seorang daripada mereka.

Tidak keterlaluan untuk dikatakan individu hebat seperti Ayob Khan ini wajar dinobatkan sebagai ikon integriti penjawat awam.

Hal ini penting kerana penulis percaya pemimpin seperti Ayob Khan mampu mengembalikan serta meningkatkan keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap pasukan penguat kuasa terutamanya polis yang sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang getir.

Ironinya, tugas seorang anggota polis dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta negara bukan mudah, berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Secara jujurnya kebanyakkan daripada kita tidak mampu merasai cabaran yang mereka lalui atau hadapi setiap hari. Mempertahankan nilai diri serta integriti daripada anasir yang cuba mempergunakan polis dengan cara menyogok pelbagai bentuk habuan juga merupakan antara cabaran yang cukup besar yang perlu dilalui oleh anggota polis.

Dalam konteks ini kita dapat melihat betapa tegas dan konsistennya Ayob Khan menangani penjenayah. Ketegasan dan keberanian beliau tidak boleh disangkal dan dipertikaikan lagi. Misalnya, kita dapat melihat ketegasannya dalam menggempur sindiket Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) di Johor sehingga berhadapan dengan beberapa ancaman dan ugutan daripada anggota sindiket ini.

Kata-kata beliau “selagi kita ikhlas berkhidmat, kita jangan takut. Kalau takut jangan jadi pegawai polis” membuktikan Ayob Khan bukan jenis anggota penguat kuasa yang boleh dijual beli dengan cara ugutan mahupun ancaman.

Jadi penulis berpandangan semua agensi dan anggota penguat kuasa wajar menjadikan Ayob Khan sebagai ikon integriti dan sumber inspirasi untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi, berani dan tegas sekali gus menguatkuasakan undang-undang tanpa gentar mahupun tunduk kepada sebarang ancaman.

Antara ciri kualiti peribadi Ayob Khan yang boleh dijadikan sumber inspirasi dan ikutan ialah, berintegriti, tegas, berani dan berdedikasi.

Sebagai anggota penguat kuasa, integriti perlu menjadi perisai kita. Jangan sesekali menggadai nilai dan maruah diri hanya kerana tamak dan mahu cepat kaya. Buktikan maruah diri tidak boleh dijual beli dan sedarlah tugas yang dipikul itu adalah amanah rakyat dan negara kepada kita. Ringkasnya, jangan sesekali mengkhianati amanah yang diberikan dengan membenarkan mana-mana individu atau kelompok menodai integriti dan maruah diri kita.

Di samping itu, penguat kuasa juga perlu tegas dan berani dalam melaksanakan tugas masing-masing. Selagi mana kita berada di pihak yang benar, jangan takut atau gentar untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang melakukan jenayah.

Dalam soal ini keutamaan perlu diberikan kepada keselamatan rakyat serta negara dan bukannya pada kepentingan peribadi mana-mana individu atau kelompk tertentu.

Dalam konteks bekerja dengan dedikasi pula kita mengharapkan semua penguat kuasa akan menyerahkan jiwa dan raga dengan jujur dan ikhlas ketika melaksanakan tugas.

Jangan mengharapkan sebarang ganjaran selain daripada gaji untuk melakukan sesuatu tugasan. Pasanglah niat bekerja itu satu ibadat dan ingin mencari rezeki yang halal dan berkat.

Justeru penulis berharap semua ketua agensi penguatkuasaan menjadikan Ayob Khan sebagai suri teladan dalam memimpin jabatan masing-masing ke arah menyediakan perkhidmatan yang penuh integriti kepada rakyat dan negara.

Kepada anggota penguat kuasa, jadikanlah Ayob Khan sebagai ikon integriti yang mesti dicontohi. Semoga Ayob Khan akan menjadi sumber inspirasi yang dapat melahirkan lebih ramai lagi ikon yang hebat dalam kalangan anggota penguat kuasa di negara ini.

 

Sumber – Wowberita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*