Berbasikal Boleh Mengakibatkan M4ti Pucukk! Ini 6 Cara Untuk Elak!

Jika kita lihat, kebelakangan ini, aktiviti berbasikal semakin menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Ramai mula berminat dengan aktiviti ini yang menjadi salah satu perkara baik untuk kesihatan tubuh badan.

Selain itu, berbasikal juga merupakan satu riadah yang memberi kebaikan dalam aspek rohani. Jadi, golongan ini ada yang sanggup berbelanja lebih RM35,000 hanya untuk sebuah basikal. Mahal giler!

Ya, memang banyak manfaat berbasikal seperti membantu badan membakar kalori, meningkatkat kesihatan jantung, meningkatkan ketahanan mental dan fizikal seseorang,

Namun, di sebalik manfaat itu semua terselit kebimbangan yang sememangnya perlu diberi perhatian sewajarnya iaitu masalah kebas.

Anda pasti pernah merasai pengalaman apabila duduk terlalu lama, biasanya akan menyebabkan kebas pada bahagian celah paha atau kemaluan. Biasanya masalah ini berlaku apabila berbasikal atau menunggang motosikal.

 

Menerusi Public Health Malaysia, ia berpunca daripada tempat duduk basikal atau motosikal.

“Jika kita duduk di kerusi biasa, berat kita disebarkan pada kedua-dua punggung kita dan kerusi tidak akan menekan pada bahagian tengah punggung, yang dikenali sebagai perineum.

“Namun pada sesetengah basikal atau motor, tempat duduknya menirus dan memberikan tekanan pada bahagian perineum.

“Di bahagian inilah terletaknya saraf dan salur darah berhubung dengan bahagian zakar dan klitoris. Kecederaan saraf dan salur darah ini boleh menyebabkan mati pucuk samada pada jangka masa pendek mahupun panjang,” tulis Public Health Malaysia.

 

Jadi, apakah cara untuk mencegahnya? Ini adalah enam cara yang boleh dijadikan panduan buat orang ramai:

 

1. Pastikan basikal sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

2. Pastikan tempat duduk selaras dengan ketinggian.

3. Elakkan badan ke hadapan semasa berbasikal.

4. Pilih padding yang lembut.

5. Jangan sesekali menghala tempat duduk ke atas.

6. Pilih tempat duduk yang lebar.

 

Bukanlah untuk menakutkan mereka yang sudah tertarik dengan aktiviti berbasikal ini, tapi perlu pastikan pentingnya aspek keselamatan bagi mengelak risiko kecederaan dan berlakunya kemalangan yang tak diingini.

Tapi, baru-baru ini kecoh juga dengan isu penunggang basikal di jalan raya sehinggakan pihak JPJ perlu masuk campur bagi menanganinya secara holistik.

Sumber – Odisi

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*